Nota Rujukan Syariah 2 Untuk Pelajar Ting 6 Rendah

Assalamualaikum. Perhatian duntuk Pelajar Tingkatan 6  Rendah, Ustaz dah up load nota rujukan Syariah 2 untuk panduan dan rujukan pelajar-pelajar semua. Sila klik di page  STPM  Syariah 2Calon 2011 untuk download.

About these ads
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

17 Responses to Nota Rujukan Syariah 2 Untuk Pelajar Ting 6 Rendah

  1. sukran 4 da note…ok jer

  2. liz says:

    mcmner nak download ni ustaz?

  3. nor saleha binti anuar says:

    assalammualaikum ustaz..

  4. siti aqilah says:

    boleh terangkan tak bab poligami…

  5. siti aqilah says:

    t0l0ng terang kan bab poligami ngan jelas and terang…

    • nihrir says:

      Salam Saudari Siti Aqilah, tajuk poligami boleh dapatkan di mana-mana buku yang ada tajuk munakahat. Saya sarankan saudari ke kedai buku Islam cari bahagian STPM atau tanya sendiri kepada tuan kedai tajuk buku Feqah cetakan pustaka hj abdulmajid penulis Hj Abd Razak bin Hj Muhamad atau Pengantar ilmu Fiiqh terbitan pustaka salam penulis abd latif muda dan ustazah Rosmawati Ali.

  6. ad says:

    saya nk ambil stpm persendirian pd thn depan….saya kira nak ambil subjek pengajian am,usuluddin,syariah, dan bhs arab…. skrg ni saya x tahu kat mana beli buku,bagaimana silibus terkini,struktur dan kandungan buku2 tu..terutama subjek usuluddin,syaraiah,dan bhs arab…..bole bantu saya?

    • nihrir says:

      Salam saudara, saya sarankan saudara pergi ke smka yang ada ting 6 yang terdekat dengan tempat saudara dan berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Ting 6 smka berkenaan utk penjelasan yg lebih lanjut. Di Melaka SMKA Sultan Muhammad, Johor SMKA Segamat, Negeri Sembilan SMKA SHAM, Selangor SMKA Hamidiah Kajang. LAin-lain saudara boleh ke Laman Web BPI (Bhg Pendidikan Islam).

  7. scream_suffer@yahoo.com says:

    Assalamualaikum..saya ingin minta pertolongan ustaz..apakah laman2 yg menceritakan tentang subjek syariah tngkatan 6 rndah..dan apakah laman yg menceritakan tntng keistimewaan islam berbanding agama serta adeologi laen??boleh bantu saya??

    • nihrir says:

      Assalamualaikum, setahu saya yg ada laman web ni x ada, kalau blog setahu saya ni la blog nya yg khusus syariah stpm. utk subjek dini yg lain seperti usuluddin, bahasa arab belum ada setakat nie, saya sendiri tiada kesempatan waktu untuk menyediakannya. kalau diizinkan insya Allah saya cuba juga. doakan saja. Laman yg menceritakan istimewa Islam sgt banyak carilah di google search, youtube pun ada. Moga dipermudahkan Allah segala usaha kita.

  8. muhammad hafiz bin yaacob says:

    aslamualaikum…bleh ustaz terang secara detail syariah stpm ngn spm.. sme x?

    • nihrir says:

      Assalamualaikum, sebenarnya syariah stpm adalah sambungan dari Syariah Islamiah spm cuma ianya lebih detail lagi sebagai persiapan ke universiti. ada kertas kerja dan pembentangan. tq

  9. amirfakhrie says:

    ustaz , kalau nak ambil bidang syariah islamiah dan assunah kena pandai bahasa arab ke ? sy tk pndai bgaimna ?

    • nihrir says:

      Memang syarat nak ambil bidang ini kena sekurang-kurang ada pendedahan bahasa arab. kalau nak ambil juga x ada masalah tapi mungkin agak sukar.

  10. assalamualaikum,,boleh ustaz jelaskan hukum dan alasan bg persoalan berikut???:
    i)faedah yg dikenakan pd pinjaman sbgaimana yg diamalkan oleh perbanhkan konvensional skrg
    ii)faedah atas akaun simpanan yg dibayar scara tetap oleh pihak bank

    Salam kepada Putri Yusof jawapan bagi (i) ia adalah jelas riba kerana Riba al-Qardh adalah sebarang manfaat tambahan yang lebih daripada jumlah pinjaman pokok yang mana ianya disyaratkan di awal kontrak pinjaman (loan contract) yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. Riba jenis ini boleh dikira sebagai yang paling popular berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini.

    Riba jenis ini bergantung kukuh kepada hadis berikut :
    كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ

    Ertinya: “Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba.” [1]

    Walaupun terdapat pertikaian berkenaan tahap ketulenan hadis ini, kandungan hadis terbabit telah menjadi satu kesepakatan atau ijma di kalangan para ulama. Hadis itu mungkin boleh disalah fahami ertinya jika hanya dilihat kepada teksnya, ini kerana jika setiap pinjaman yang membawa manfaat itu riba, maka semua jenis pemberian pinjam adalah haram dan riba, kerana setiap pinjaman walaupun tanpa faedah atau tambah, akan memberikan manfaat buat peminjam, ia juga memberikan manfaat kepada pemberi pinjam dari sudut pahala dan kebaikan akhirat. Namun itu bukanlah kefahaman yang tepat, kerana berdasarkan pelbagai nas dan athar sahabat yang lain[2], manfaat yang dimaksudkan :-

    Terhad kepada manfaat material dan bukan spiritual seperti pahala
    Ia akan manfaat yang diperolehi oleh pemberi pinjam dan bukan peminjam. Justeru jika pemberi pinjam menerima pujian dan terima kasih atas kebaikannya, ia tidak termasuk di dalam manfaat yang haram.
    Ia juga merujuk kepada sesuatu manfaat material yang disyaratkan. Justeru, manfaat yang tidak disyaratkan adalah terkeluar daripada konteks hadis. As-Syawkani berkata :
    إِذَا كَانَتْ الزِّياَدَةُ مَشْرُوطَةً فِي العَقْدِ فَتُحْرَمُ اِتِّفَاقًا

    Ertinya : Apabila pertambahan itu disyaratkan di dalam kontrak, maka diharakmkan secara sepakat [3]

    Itulah tiga panduan asas di dalam memahami hadis berkaitan riba yang berlaku di dalam aktiviti pinjaman dan hutang. Sebagai penjelasan tambahan, Ibn Qudamah berkata:

    كُلّ قَرْضٍ شَرَطَ فِيْهِ أَنْ يَزِيدَهُ فَهُوَ حَرَامٌ بِغَيْرِ خِلاَف

    Ertinya: “Setiap pinjaman yang disyaratkan padanya memberi tambahan, maka ia adalah haram tanpa sebarang pertikaian.” [4]

    Ibn Munzir pula berkata :

    أَجْمَعُوا عَلىَ أنّ المُسْلِفَ إِذَا شَرَطَ عَلىَ المُسْتَسْلِفِ زِياَدَةً أوْ هَدِيَةً , فَأسْلَفَ عَلىَ ذَلِك , أنّ أَخْذَ الزِّياَدَةِ عَلىَ ذَلِكَ رِباَ

    Maksudnya : Telah ijma bahawa apabila pemberi pinjam meletakkan syarat ke atas peminjam sebarang tambahan atau hadiah, maka pinjaman diberikan, sebarang tambahan yang diambil adalah riba. [5]

    Al-Bukhari pernah mencatatkan bahawa Nabi s.a.w berkata :

    إذَا أقْرضَ فَلاَ يَأخُذُ هَدِيةً

    Maksudnya : Apa memberi pinjam, janganlah kamu mengambil sebarang hadiah.

    (Riwayat Al-Bukhari dalam At-Tarikh)

    Justeru itu, tiada sebarang keuntungan boleh diraih oleh pemberi peminjam melalui aktiviti pinjaman ini. Ini kerana pinjaman adalah satu proses yang dibuat secara sukarela atas dasar bantu-membantu. Ia disebut dalam Islam sebagai Qardh al-Hasan (pinjaman tanpa sebarang faedah riba dikenakan kepada si peminjam).

    BEBERAPA JENIS RIBA QARD YANG POPULAR

    Beberapa jenis riba Al-Qardh yang popular boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk, iaitu:-

    1) Duit berbalas duit yang lebih banyak

    Contoh : Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai yang lebih besar seperti RM2500 dalam masa tiga bulan.

    Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai semasa pemulangannya akibat jangka tempoh waktu adalah riba al-Qardh. Ini adalah dari jenis time value of money[6] yang diharamkan di dalam Islam.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s